Majlis Pecah Tanah Projek Ladang Solar Berskala Besar (LSS5)

Majlis Pecah Tanah Projek Ladang Solar Berskala Besar (LSS5)

3 April 2026, Jumaat – Majlis Pecah Tanah Projek Ladang Solar Berskala Besar (LSS5) telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini bertempat di Tapak Projek LSS5, Bryam, Nibong Tebal.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang dan disaksikan oleh YB Tuan Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh, Timbalan Ketua Menteri II; YBhg. Dato’ Aziz bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PDC; YB Dato’ Hj Rashidi bin Zinol, EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan; YB Tuan Zairil Khir Johari, EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital; YB Tuan H’ng Mooi Lye, EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa; YB Dato’ Seri Sundarajoo A/L Somu, EXCO Perumahan dan Alam Sekitar; YB Tuan Goh Choon Aik; serta YBhg. Dato’ Hj Baderul Amin bin Abdul Hamid, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai, Pengurusan PDC , wakil-wakil agensi kerajaan, rakan-rakan strategik serta dif-dif kehormat.

Projek LSS5 ini merupakan pembangunan tenaga solar berskala utiliti dengan kapasiti sebanyak 29.99 megawatt-peak (MWp). Ia juga merupakan projek ladang solar berskala besar pertama yang dibangunkan di bawah anak syarikat PDC, iaitu Solar Voltech Sdn. Bhd., sekali gus menandakan langkah strategik PDC dalam memperluaskan penglibatan dalam sektor tenaga boleh baharu.
Pembangunan projek ini bertujuan untuk mempercepatkan penggunaan tenaga boleh baharu, memperkukuh keselamatan serta kelestarian tenaga, menyokong pembangunan ekonomi rendah karbon dan meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga bersih secara berterusan.

Sebagai agensi pembangunan utama negeri, Penang Development Corporation (PDC) memainkan peranan penting dalam merealisasikan projek ini melalui anak syarikatnya, Solar Voltech Sdn. Bhd. PDC bertindak sebagai pemacu strategik dalam merancang, menyelaras serta memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar selaras dengan aspirasi negeri ke arah pembangunan mampan.

Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen berterusan PDC dalam memperkukuh penglibatan dalam sektor tenaga boleh baharu serta menyokong agenda peralihan tenaga hijau di Pulau Pinang.

Start the conversation or visit us.

1 SKY, Tingkat Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Penang

info.pdc@gmail.com

+604-688 0188